Anda di sini

Adik melecur demi selamatkan abang OKU dalam kebakaran di Kg Kudei

Advertisement
Mangsa OKU yang melecur di anggota badannya tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa OKU yang melecur di anggota badannya tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan.

KUCHING: Seorang adik melecur di anggota badannya ketika cuba menyelamatkan abangnya keluar dari rumah mereka yang terbakar pagi tadi.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Kudei di sini sekitar jam 9.30 pagi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa lelaki berusia 27 dan 28 tahun itu ketika kejadian bersama tiga lagi ahli keluarga mereka berada di rumah.

"Ketika kebakaran berlaku, mereka berebut keluar menyelamatkan diri, namun mangsa orang kelainan upaya (OKU) masih tidak keluar-keluar, menyebabkan si adik merempuh masuk ke dalam rumah dan terus membawanya keluar.

Kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Kampung Kudei, pagi tadi.
Kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Kampung Kudei, pagi tadi.

"Akibatnya, si adik melecur 10 peratus dan si abang melecur 30 peratus di anggota badan mereka," kata seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, Padungan dan Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Sebanyak dua rumah dilaporkan musnah terbakar dalam kejadian tersebut dan dua rumah lagi turut mengalami kerosakan.

"Keadaan di lokasi adalah terkawal dan kerja-kerja mengawal kebakaran daripada merebak dijalankan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
 

  • oleh
  • Advertisement