Anda di sini

Usahawan bumiputera perlu terus aktif berniaga

Advertisement
 Wetrom (dua kiri) bersama Rejanah (dua kanan), Pengurus Besar, Aaron Bradley Masikam menunjukkan produk kesihatan baharu keluaran syarikat itu, ArbyFitz dan ArbyJello pada majlis pelancaran itu.
KENANGAN: Wetrom (dua kiri) bersama Rejanah ( kanan), Pengurus Besar, Aaron Bradley Masikam menunjukkan produk kesihatan baharu keluaran syarikat itu, ArbyFitz dan ArbyJello pada majlis pelancaran itu.

KOTA KINABALU: Usahawan bumiputera negeri ini digalakkan untuk terus aktif menceburi bidang perniagaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Wetrom Bahanda berkata, syarikat bumiputera perlu lebih kreatif bagi menghasilkan produk tempatan supaya boleh mewujudkan persaingan sihat diantara usahawan dalam negeri ini.

"Saya memuji usaha dilakukan syarikat Real Beauty kerana berjaya menghasilkan produk kesihatan yang sememangnya penting kepada setiap insan dalam negeri ini.

"Oleh itu, saya menjemput syarikat-syarikat bumiputera Sabah untuk menghasilkan produk berkhasiat seperti makanan, makanan gantian, kesihatan dan sebagainya," katanya ketika merasmikan pelancaran ArbyFitz dan ArbyJello oleh Real Beauty, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau berkata, produk pengganti makanan amat penting dalam usaha membantu menjaga kesihatan tubuh masing-masing pada semua peringkat umur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Real Beauty Rejanah Bahanda berkata, makanan gantian sangat penting untuk memperkasakan sistem imuniti dalam badan agar seisi keluarga kekal sihat setiap hari.

"Pihak kami mengambil masa 11 bulan untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan sebelum dikeluarkan ke pasaran pada Julai lalu.

"Kedua-dua produk ini mendapat sambutan sangat positif dan selepas pelancaran ini, ArbyFitz dan ArbyJello boleh didapati dalam pasaran secara meluas menerusi ejen atau pengedar sah kami," katanya.

Katanya, ArbyFitz merupakan produk kesihatan untuk mengawal berat badan dan ArbyJello adalah makanan gantian Vitami

  • oleh
  • Advertisement