Anda di sini

Ugut cederakan bapa kandung, lelaki didenda RM1,500

Advertisement
 

MIRI: Padah melakukan ugutan jenayah terhadap bapa kandung, seorang lelaki didenda RM1,500 atau tiga minggu penjara oleh Mahkamah Majistret.
    
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Michelle Lim Wan Chen setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.
    
Chin Khien Chai, 49, dari Jalan Riam di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya yang berusia 80 tahun dengan mengugut hendak mencederakan mangsa.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.10 tengah hari, 26 September lalu di rumah keluarganya di Jalan Riam di sini.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman.

Advertisement