Anda di sini

Tiga pasukan dari Miri bakal sertai Acara Sukan Ulang Tahun Ke-60 KTS

Advertisement
 Para pemain pasukan Miri dan pegawai kanan dari KTS Trading Sdn Bhd, See Hua Marketing Sdn Bhd, dan BLD Plantation Bhd bergambar kumpulan.  myy-ub280922-ee-KTS-p2
SEDIA: Para pemain pasukan Miri dan pegawai kanan dari KTS Trading Sdn Bhd, See Hua Marketing Sdn Bhd, dan BLD Plantation Bhd bergambar kumpulan. myy-ub280922-ee-KTS-p2

MIRI: Tiga pasukan dari Miri yang terdiri daripada 22 pemain akan menyertai Acara Sukan Ulang Tahun Ke-60 KTS yang akan berlangsung mulai 5 hingga 8 Oktober depan di Kuching.

Kontinjen Miri akan diketuai kapten pasukan Sophia Siao, yang mana pemainnya terdiri daripada kakitangan KTS Trading Sdn Bhd, See Hua Marketing Sdn Bhd, dan BLD Plantation Bhd.

Terdapat tiga permainan utama iaitu badminton, pingpong dan kuiz, di mana setiap pasukan (kecuali pasukan kuiz) akan terdiri daripada 'Beregu Pengurus,' 'Beregu Pegawai Kanan,' 'Beregu Campuran,' 'Beregu Wanita' dan 'Beregu Lelaki.'

“Acara sukan itu akan mengumpulkan pemain dan pasukan daripada Miri, Bintulu, Sibu, Kuching, Sabah dan Kuala Lumpur,” kata pemangku pengurus cawangan See Hua Marketing Miri Chua Chuen Chai semasa majlis penyerahan baju-T dan bendera sukan di Wisma Rela Aman, Miri hari ini.

 Chuo (tiga kiri), Tan (empat kiri), Lau (empat kanan), menunjukkan baju-T untuk Acara Sukan Ulang Tahun Ke-60 KTS yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Oktober ini di Kuching.
TERUJA: Chuo (tiga kiri), Tan (empat kiri), Lau (empat kanan), menunjukkan baju-T untuk Acara Sukan Ulang Tahun Ke-60 KTS yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Oktober ini di Kuching.

“Sejak beberapa minggu lalu, pasukan Miri telah berlatih dengan gigih untuk acara sukan yang akan datang ini,” tambah beliau.

Pasukan Badminton Miri dianggotai Ling Lee Giek, Edi Johari, Jamak Chagat, Tiong Chung Hua, Ignatius Norbert, Wong Ai Un, Vilian Looi, Yvonne Lee, Law Ing Wei dan Ling Kwang Yee.

Para pemain pasukan Ping Pong Miri terdiri daripada Stephen Chiew, Chua Chuen Chai, Khong Teng Choi, Chuo Kwong Tung, Alice Lee, Christopher Teo, Sophia Siao, Lai Chee Ing, Tang Dung Teck dan Chua Khung Sing.

Akhir sekali, pasukan Kuiz Miri terdiri daripada Sorina Yeo, Vilian Looi, Chua Chuen Chai, Stephen Chiew dan Jane Chang.

Turut hadir pada majlis penyerahan baju-T sukan dan bendera hari ini ialah pengurus kanan pentadbiran BLD Plantation Rita Tan, pengurus besar operasi (Estet Lambir) BLD Plantation Lau Kung Hieng dan pengurus besar operasi (Estet Sawai) BLD Plantation Chuo Kuong Ping yang juga pengarah KTS Holdings Sdn Bhd.

Advertisement