Anda di sini

Lelaki disyaki jual anak untuk dirogol rakan direman lima hari

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan reman selama lima hari kera­na disyaki menjual anaknya yang berusia 10 tahun kepada rakan untuk dirogol.

Majistret Zubaidah Sharkawi membenar­kan tahanan reman itu hari ini bagi memudahkan polis menjalankan siasatan kes berkenaan.

Tempoh tahanan reman suspek itu akan tamat pada 3 Oktober ini.

Difahamkan, laporan polis dibuat setelah mangsa menceritakan perkara itu kepada gurunya. 

Suspek kemudiannya dikatakan ditangkap pada 27 September 2022 sekitar jam 2 petang di Matang.

Kes itu disiasat di bawah dua seksyen berbeza iaitu Seksyen 31 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan pengabaian ke atas kanak-kanak dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol ke atas kanak-kanak. 
 

Advertisement