Anda di sini

JPS bersih longkang sebagai persiapan hadapi banjir kilat

Advertisement
 Tiang (tengah) semasa mengadakan lawatan ke Klinik Pakar Pediatrik HUS yang terletak di KOZI Square. Turut kelihatan Dr Ngian (kiri). - Gambar Muhammad Rais Sanusi
LAWAT: Tiang (tengah) semasa mengadakan lawatan ke Klinik Pakar Pediatrik HUS yang terletak di KOZI Square. Turut kelihatan Dr Ngian (kiri). - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di seluruh Sarawak telah melakukan kerja-kerja pembersihan longkang sebagai persiapan menghadapi sebarang banjir kilat.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang berkata, beliau dimaklumkan kerja-kerja pembersihan oleh jabatan itu telah memasuki pusingan kedua.

"Kerja-kerja pembersihan ini adalah sebagai persiapan mengadapi musim monsun, selain itu turut dilakukan juga beberapa pembaikan seperti kerosakan longkang utama dan beberapa penyelenggaraan.

"Kementerian telah bekerja rapat dengan JPS dan jabatan biasanya akan memantau pengaliran longkang agar ia lancar semasa banjir kilat melanda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Peralatan kepada Klinik Pakar Pediatrik di Theatre Restaurant and Gallery di KOZI Square di sini, hari ini.

 Tiang ketika ditemui pemberita selepas majlis. - Gambar Muhammad Rais Sanusi.
SEDIA HADAPI BANJIR: Tiang ketika ditemui pemberita selepas majlis. - Gambar Muhammad Rais Sanusi.

Beliau dalam pada itu turut menyarankan penduduk khasnya di kawasan kerap banjir kilat supaya bersiap sedia dengan langkah pencegahan masing-masing.

Katanya, ia termasuk beberapa peralatan seperti beg pasir atau langkah bersedia untuk mencegah banjir kilat serta kerosakan disebabkan banjir kilat.

"Sebenarnya saya menggalakkan penduduk tidak hanya bergantung kepada kerajaan untuk membantu sekiranya berlaku banjir kilat.

"Ada di antara penduduk sebelum ini mengalami banjir kilat, saya percaya mereka harus belajar dari apa yang berlaku dengan menyediakan beberapa beg pasir dan beberapa peralatan langkah pencegahan sebagai persiapan sebelum musim tengkujuh tiba," ujarnya.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan itu ialah Pengerusi Eksekutif Lien Dak Group Stephen Wong dan Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Ngian Hie Ung.

Advertisement