Anda di sini

Dua lagi ditahan berhubung tembakan semasa festival Pride

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 25 Jun 2022 menunjukkan penanda di lokasi kejadian selepas tembakan di luar kelab di tengah Oslo yang mengakibatkan dua orang maut manakala 21 lagi cedera. Polis Norway kelmarin berkata telah menahan dua suspek tembakan di Oslo di luar kawasan sambutan Pride. — Gambar AFP
SIASATAN: Gambar fail bertarikh 25 Jun 2022 menunjukkan penanda di lokasi kejadian selepas tembakan di luar kelab di tengah Oslo yang mengakibatkan dua orang maut manakala 21 lagi cedera. Polis Norway kelmarin berkata telah menahan dua suspek tembakan di Oslo di luar kawasan sambutan Pride. — Gambar AFP

OSLO, Norway: Pihak polis Norway menyatakan kelmarin mereka telah menahan dua orang rakan subahat suspek dalam kejadian tembakan pada Jun lepas yang membunuh dua orang di Oslo ketika sambutan Pride.

Dua suspek telah ditangkap pada Ahad di Oslo disyaki atas “persekongkolan dalam satu tindakan pengganas”,  menurut pihak polis Oslo dalam satu kenyataan.

Seorang adalah lelaki Somali dalam usia empat puluhan, seorang lagi rakyat Norway dalam usia 30-an – kedua-dua mereka dikenali oleh pihak polis.

Identiti mereka tidak dinyatakan.

Pada awal pagi 25 Jun, seorang lelaki melepaskan tembakan berhampiran sebuah bar gay di tengah Oslo  ketika sambutan dikaitkan dengan festival Pride di bandar tersebut.

Kejadian tembakan itu telah membunuh dua lelaki, berusia 54 dan 60, serta mencederakan 21 orang lagi.

Sejurus selepas kejadian tembakan, polis menahan Zaniar Matapour, seorang rakyat Norway berasal dari Iran berusia  43 tahun, kerana disyaki melakukan serangan.

Tangkapan baharu membawa jumlah orang yang dikaitkan dalam serangan sehingga empat orang, ketika polis Norway mengumumkan pada minggu lepas mereka sedang mencari seorang lagi suspek dikaitkan dengan kejadian tembakan.

Pada Jumaat, polis Oslo mengumumkan bahawa mereka telah  mengemukakan satu waran tangkap antarabangsa bagi Arfan Qadeer Bhatti, seorang Islamis berusia  45 tahun dengan pensabitan sebelum ini, yang turut disyaki sebagai “bersekongkol dalam satu tindakan pengganas.”

“Polis masih mempercayai Bhatti berada di Pakistan,” sebuah negara di mana Norway tidak mempunyai perjanjian ekstradisi, menurut polis kelmarin.

“Bagi memastikan kemungkinan kerjasama terbaik dengan pihak berkuasa Pakistan, kita mempunyai pegawai polis Oslo di Pakistan tidak lama dulu,” tambahnya. —  AFP

Advertisement