Anda di sini

MOSAR bantu turunkan pendaki wanita cedera di buku lali

Advertisement
 Mangsa yang tiba di Timpohon Gate dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS.
BANTU: Mangsa yang tiba di Timpohon Gate dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS.

RANAU: Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) berjaya memberikan bantuan kepada seorang pendaki wanita yang mengalami kecederaan di bahagian buku lali semasa dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian jam 9.55 pagi itu membabitkan pendaki warga tempatan semasa berada di Kilometer 3.9 Gunung Kinabalu.

“Kejadian berlaku apabila pendaki berumur 49 tahun mengalami kecederaan bengkak di bahagian buku lali dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Pasukan MOSAR segera ke lokasi dan memberikan rawatan awal kepada mangsa dengan bantuan pihak Malim Gunung dan pihak Taman-Taman Sabah (TTS),” katanya.

Beliau berkata mangsa dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung sebelum dihantar ke Hospital Ranau menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Katanya operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.44 tengah hari. 

  • oleh
  • Advertisement