Anda di sini

Lelaki hilang semasa seberang sungai dilaporkan selamat

Advertisement
Utusan Borneo
Utusan Borneo

TAMBUNAN: Seorang lelaki yang hilang semasa cuba menyeberangi sungai di Kampung Labou-Labou di sini dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa berumur 29 tahun itu disahkan sudah kembali ke rumah oleh pihak keluarganya.

“Kejadian disahkan selepas pengadu yang juga ahli keluarga mangsa membuat laporan polis untuk mengesahkan mangsa balik ke rumah dalam keadaan selamat pada jam 7 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu mangsa hilang dan dipercayai dihanyutkan arus deras semasa cuba menyeberangi sungai terbabit kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan sebaik mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.20 petang.

Operasi SAR kemudiannya ditangguhkan pada jam 2.16 pagi selepas keadaan cuaca yang gelap menyukarkan operasi terbabit.

SAR kemudiannya ditamatkan jam 7 pagi selepas pihak keluarga mengesahkan mangsa balik ke rumah dalam keadaan selamat.

  • oleh
  • Advertisement