Anda di sini

Kebakaran besar musnahkan gudang di pasar borong Paris

Advertisement
 Anggota bomba giat memadam kebakaran salah sebuah gudang di pasar borong Rungis di selatan Paris, kelmarin. - Gambar AFP
MENCEMASKAN: Anggota bomba giat memadam kebakaran salah sebuah gudang di pasar borong Rungis di selatan Paris, kelmarin. - Gambar AFP

PARIS: Satu kebakaran besar menjejaskan sebahagian pasar produk segar terbesar di dunia di pinggir Paris kelmarin.

Kebakaran itu memusnahkan sebuah gudang buah-buahan dan sayur-sayuran di kompleks Rungis hingga ke selatan bandar utama Perancis.

Api merebak sejurus selepas tengah hari, kata pihak berkuasa, menyebabkan kepulan asap gelap menyelubungi pekan selatan itu.

Seratus anggota bomba berjaya mengawal kebakaran setakat waktu tengah hari, manakala tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, menurut pihak briged bomba.

Gudang itu yang sebesar sebuah padang bola sepak, dimiliki oleh kumpulan Les Halles Mandar.

“Ia memang mengejutkan namun kami bersyukur kerana tiada kecederaan yang berlaku,” menurut ketuanya Shaoul Abramczyk.

“Kami tidak akan mampu memenuhi tempahan rakan kongsi kami bermula esok (semalam) dan untuk beberapa hari lagi,” tambah beliau.

“Apabila sebuah gudang dalam pasar menjadi mangsa tragedi sebegini, seluruh pasaran menerima kesannya,” ketua pasar Rungis Stephane Layani berkata. – AFP
 

Advertisement