Anda di sini

Masiung ketua jentera penyelaras GRS Kinabatangan

Advertisement
 Masiung (tiga kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat itu.
MESYUARAT: Masiung (tiga kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat itu.

KINABATANGAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Kinabatangan akan mengorak langkah baharu selepas Jawatankuasa Penyelaras pertama gabungan itu ditubuhkan dalam satu mesyuarat khas, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah dilantik Jawatankuasa Induk Negeri untuk mengetuai jentera penyelaras bahagian yang meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, Lamag dan Kuamut.

ADUN Bebas mesra GRS itu menerima pelantikan sebagai Pengerusi Penyelaras Kinabatangan pada 22 Julai lalu.

Mesyuarat pembentukan kelmarin bersetuju melantik dua timbalan penyelaras termasuk bekas ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman mewakili (Lamag) dan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kinabatangan, Aksyah Nasrah (Sukau).

Tiga timbalan penyelaras Kinabatangan turut menerima watikah pelantikan iaitu Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kuamut, Masum Takin, Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Mandik Yadam dan Ketua Bahagian USNO, James Ait.

Pelantikan Jamilin Kayatah dan Tokyo Abdul Hasim Omar sebagai Setiausaha dan Bendahari turut dipersetujui dalam mesyuarat tersebut. Kedua-duanya adalah ahli Bebas mesra GRS.

Sementara Ketua Pemuda dan Wanita masing-masing disandang oleh Williy Fros Darinsok (mesra GRS) dan Dayang Norhayati Titing (BERSATU).

12 ahli gabungan enam parti termasuk anggota Bebas (mesra GRS) turut menerima pelantikan sebagai ahli jawatankuasa.

Bagaimanapun, tidak ada wakil daripada Parti Maju Sabah (SAPP), memandangkan parti pimpinan Datuk Seri Yong Teck Lee itu belum diwujudkan di Kinabatangan.

Ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut, Masiung berpesan kepada semua ahli jawatankuasa penyelaras yang dilantik supaya mengambil sikap rendah diri dalam semua gerak kerja yang dijalankan.

Selain itu, katanya,  pemimpin kawasan yang dilantik hendaklah berprinsip mesra rakyat dan tidak terlalu menuding jari kepada pihak lawan seiring dengan matlamat GRS.

  • oleh
  • Advertisement