Anda di sini

Lelaki selamat kereta terbabas ke dalam parit

Advertisement
 Kereta yang dipandu mangsa terbalik ke dalam parit selepas terbabas sendiri dalam kemalangan terbabit.
TERBABAS: Kereta yang dipandu mangsa terbalik ke dalam parit selepas terbabas sendiri dalam kemalangan terbabit. Gambar ihsan JBPM Negeri Sabah

RANAU: Seorang pemandu lelaki selamat selepas kenderaannya terbabas sendiri ke dalam parit dalam kejadian berhadapan dengan Balai Polis Ranau di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.49 tengah malam tadi.

Katanya, mangsa yang berumur 44 tahun itu mengalami kecederaan ringan akibat dari kemalangan terbabit.

"Pasukan dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberikan rawatan awal kepada mangsa di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Operasi menyelamat mangsa tamat sepenuhnya pada jam 1.12 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian.
 

  • oleh
  • Advertisement