Anda di sini

Lelaki hilang dalam insiden bot berlanggar

Advertisement
 Pasukan bomba masih berusaha menjalankan operasi SAR.
OPERASI: Pasukan bomba masih berusaha menjalankan operasi SAR.

SEMPORNA: Seorang lelaki dipercayai hilang di laut selepas insiden dua bot berlanggar di Pulau Boheyan, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Faisal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah bot digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita difahamkan lelaki terbabit hilang selepas bot yang dinaiki terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah bot lain.

“Pasukan bomba terus melaksanakan operasi SAR bersama pasukan keselamatan lain,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, maklumat mangsa belum diperolehi dan usaha SAR masih dijalankan di sekitar perairan tersebut.

“Setakat ini mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi Utusan Borneo mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan kes tersebut dan kenyataan media akan diberikan selepas siasatan dilakukan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement