Anda di sini

Dalot sumbang dua gol bantu Portugal mengatasi Republik Czech 4-0

Advertisement
Diogo Dalot meraikan gol bersama Rafael Leao perlawanan Liga Negara UEFA Kumpulan A di antara Republik Czech dan Portugal di Arena Fortuna di Prague, Republik Czech,kelmarin. — Gambar AFP
Diogo Dalot meraikan gol bersama Rafael Leao perlawanan Liga Negara UEFA Kumpulan A di antara Republik Czech dan Portugal di Arena Fortuna di Prague, Republik Czech,kelmarin. — Gambar AFP

PRAGUE: Pemain pertahanan, Diogo Dalot menjaringkan dua gol ketika Portugal mengatasi Republik Czech 4-0 di Prague semalam dan hanya memerlukan satu mata untuk mara ke perlawanan playoff Liga Negara UEFA.

Portugal, yang memenangi edisi pertama Liga Negara pada 2019, mendahului Kumpulan 2 dengan 10 mata, dua mata di hadapan Sepanyol yang dikejutkan Switzerland 1-2 di laman sendiri.

Portugal akan menjadi tuan rumah Sepanyol Selasa depan dalam perlawanan terakhir kumpulan.

Dalot membuka jaringan pada minit ke-33 dengan melepasi penjaga gol Czech, Tomas Vaclik daripada umpanan belakang oleh oleh Rafael Leao.

Dalot memecut ke hujung padang, melorong bola ke kanannya dan berlari ke dalam kotak untuk mengutip hantaran Leao daripada tendangan Cristiano Ronaldo.

Bruno Fernandes menjadikan kedudukan 2-0 pada masa tambahan separuh masa pertama menerusi bantuan Mario Rui.

Seminit kemudian, tuan rumah mensia-siakan sepakan penalti apabila tendangan Patrik Schick terkena palang selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesan Ronaldo menyentuh di dalam kotak.

“Separuh masa pertama cemerlang, ia mempunyai kualiti yang sangat baik,” kata jurulatih Portugal Fernando Santos.

“Kami sangat bersedia untuk mereka dan tidak membiarkan mereka beraksi banyak.”

“Apabila kami menjaringkan gol kedua, Czech gagal menyempurnakan sepakan penalti dan semakin gementar, sementara kami kekal fokus dan selesa.”

Dalot menambah gol ketika dia mengejutkan Vaclik dengan sepakan kidal dari luar kawasan pada minit ke-52.

Pemain gantian separuh masa kedua, Diogo Jota memberi gol keempat daripada jarak dekat selepas bola penjuru dan tandukan cantik Ronaldo menemuinya.

Ronaldo gagal menambah rekodnya dengan 117 gol antarabangsa dan mengalami kecederaan dengan muka berdarah selepas pertembungan dengan Vaclik pada awal permainan.

“Selepas gol ketiga, ia hampir tamat,” kata Santos, sambil menambah beliau menjangkakan perlawanan berbeza menentang Sepanyol.

“Taktik kita tidak akan berubah, kedua-dua pasukan mahu menang. Tidak kira sama ada mereka kalah atau menang hari ini.” — AFP 

Advertisement