Anda di sini

100 pelajar, murid terima bantuan Yayasan Bank Rakyat

Advertisement
 Seorang pelajar menerima bantuan daripada Jeffery (lima kiri) ketika dimajlis berkenaan.
SERAH: Seorang pelajar menerima bantuan daripada Jeffery (lima kiri) ketika dimajlis berkenaan.

PUTATAN: Seramai 100 pelajar serta murid dari sekitar Parlimen Putatan menerima bantuan persekolahan dari Yayasan Bank Rakyat.

Para murid serta pelajar berkenaan berasal dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tombovo, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak, SK Kem Lokawi, SMK Kinarut, SMK Sanzac, SM Makrab Sabah, SK Sembulan, SM La Salle, SM Stella Maris, SK Stella Maris, SK Tg Aru 1 dan 2, SMK Pulau GAYA, SK Pulau Gaya, SK Kapayan, SK Contoh, SK Petagas, SMK  Tansau, SK Tansau, SMK Putatan serta  SK Pekan Putatan. 

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat Jeffery Nor Mohamed berkata, bantuan diberikan agar mampu mengurangkan beban ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah.
 
"Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli buku dan baju sekolah, tidak dinafikan terdapat ibu bapa pelajar dan murid berhadapan dengan cabaran kewangan," katanya ketika dalam Program Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat Mukim Petagas, di sini semalam.

Beliau berkata, Yayasan Bank Rakyat sentiasa komited untuk membantu para keluarga yang kurang bernasib baik.

"Kita bantu agar pelajar mampu meneruskan pengajian sehingga peringkat universiti.

"Hanya dengan pendidikan, para kanak-kanak ini nanti mampu berdikari seterusnya membantu menyara keluarga masing-masing," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement