Anda di sini

Sabah, Labuan diberi amaran waspada hujan berterusan

Advertisement
 MET Malaysia keluarkan amaran hujan berterusan di Sabah dan Labuan.
AMARAN: MET Malaysia keluarkan amaran hujan berterusan di Sabah dan Labuan.

KOTA KINABALU: Amaran hujan berterusan dikeluarkan bagi negeri Sabah dan Labuan berkuat kuasa sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya berkata Sabah dan Labuan diminta berwaspada dengan cuaca hujan yang berterusan.

“Kawasan pantai barat serta pendalaman seperti Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Kudat antara dijangka daerah yang terjejas.

“Kawasan perairan Sarawak, Sabah serta Labuan turut diberikan amaran angin kencang dan laut bergelora berkelajuan 40 – 50 km/jam, manakala ketinggian ombak mencapai 3.5 meter sehingga Jumaat depan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi hotline MET Malaysia ditalian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement