Anda di sini

PRU15: Anwar nafi bertanding kerusi Parlimen Ampang

Advertisement
 

BATU KAWAN: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau akan bertanding kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anwar berkata beliau masih belum mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi.

"Saya tak umum pun akan bertanding di Ampang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Wanita Keadilan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa Ketua Pembangkang itu akan bertanding di Parlimen Ampang.

Mohd Rashid, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, dilaporkan berkata Anwar kini menyasarkan Parlimen Ampang pada PRU15 kerana ia kerusi pilihan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu yang tidak yakin akan mendapat sokongan pengundi Melayu. - BERNAMA 

Advertisement