Anda di sini

Koperasi Keluarga Haji Jaideh Bin Haji Amat Beaufort Sabah Berhad adakan mesyuarat agung tahunan kali kedua

Advertisement
 Sebahagian ahli Koperasi Keluarga Haji Jaideh Bin Haji Amat Beaufort Sabah Berhad merakamkan gambar kenangan selepas Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan.
ALBUM: Sebahagian ahli Koperasi Keluarga Haji Jaideh Bin Haji Amat Beaufort Sabah Berhad merakamkan gambar kenangan selepas Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan.



BEAUFORT:  Koperasi Keluarga Haji Jaideh Bin Haji Amat Beaufort Sabah Berhad hari ini telah melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali kedua yang diadakan di salah sebuah hotel dekat sini.


Mesyuarat Agung Tahunan Kali kedua selepas pandemik itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Keluarga Haji Jaideh Bin Haji Amat Beaufort Sabah Berhad, Zainih Bukari.

 Zainih menyampaikan ucapannya sebelum Mesyuarat Agung Tahunan kali kedua Koperasi Keluarga Haji Jaideh Bin Haji Amat Beaufort Sabah Berhad.
AMANAT: Zainih menyampaikan ucapannya sebelum Mesyuarat Agung Tahunan kali kedua Koperasi Keluarga Haji Jaideh Bin Haji Amat Beaufort Sabah Berhad.


Zainih dalam awal ucapannya sempat mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan koperasi kerana telah mencapai usia lima tahun selepas ditubuhkan yang mana kejayaan itu juga hasil kerjasama dan komitmen padu daripada ahli-ahli koperasi.


Disamping itu, Zainih turut meletakkan harapan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) agar dapat meluluskan geran pembangunan serta pinjaman bagi memastikan koperasi dapat bersaing seiring dengan peredaran masa kini.


Jelas beliau geran tersebut amat diharapkan kerana ia dapat membantu mengembangkan potensi koperasi yang sentiasa mendepani pelbagai cabaran lebih-lebih pada ketika ini yang mana baharu sahaja mengharungi era pandemik.


Tambah Zainih, dengan adanya pinjaman dan geran bantuan daripada SKM, koperasi tersebut dapat menambah modal perniagaan yang mencukupi bagi mendorong koperasi itu untuk meneroka perniagaan baharu sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
 

  • oleh
  • Advertisement