Anda di sini

Kes COVID-19 di Sabah masih tiga angka

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Kes positif COVID-19 di negeri ini masih mencatatkan tiga angka, namun sedikit menurun iaitu hanya merekodkan 135 kes berbanding sebelumnya 153 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata bilang kes baharu positif COVID-19 menyusut sebanyak 18 kes.

Katanya, sebanyak 12 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu berbanding sembilan sebelum ini.

“Enam daerah iaitu Putatan, Beaufort, Beluran, Kinabatangan, Kalabakan dan Keningau bersih daripada kes jangkitan wabak itu, apabila merekodkan sifar kes.

“Bagaimanapun, punca kes menurun disebabkan jumlah sampel ujian yang lebih rendah iaitu sebanyak 1,439 sahaja,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 15 daerah merekodkan sekurang-kurangnya satu kes dengan tiga daripadanya mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Tawau.

“Daerah Kota Marudu, Lahad Datu dan Tuaran yang mencatatkan kes dua angka sebelum ini, hanya merekodkan kes satu angka semalam.

“Sebanyak 134 daripada 135 kes baharu yang direkodkan semalam adalah dalam kategori satu dan dua, manakala satu kes bagi kategori tiga,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement