Anda di sini

Arthur hargai keprihatinan kerajaan Persekutuan, bangunkan infra luar bandar

Advertisement
ARTHUR JOSEPH KURUP
ARTHUR JOSEPH KURUP



KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup (gambar) merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana telah menyalurkan peruntukan pembangunan yang besar kepada kawasan Pensiangan.


Jelas Arthur, sebahagian peruntukan yang disalurkan itu menfokuskan terhadap projek-projek infra-rakyat seperti jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya.


"Projek-projek infra-rakyat ini merupakan keutamaan penduduk yang terletak di kawasan luar bandar terutamanya di Parlimen Pensiangan yang terletak di pedalaman Sabah.

 
"Penyaluran peruntukan pembangunan ini merupakan hasil perhubungan yang baik antara kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah dengan kerajaan Persekutuan yang secara tidak langsung memudahkan projek-projek pembangunan dibawa untuk kesejahteraan rakyat di sini.

 
"Kerajaan pimpinan Ismail sentiasa bekerja bagi memastikan Keluarga Malaysia di seluruh negara termasuk di Pedalaman Sabah tidak tercicir daripada menikmati infrastruktur asas yang selesa dan selamat, " kata Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya dalam satu kenyataan, hari ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Arthur memberitahu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan pembinaan Jalan Rancangan Belia Tiulon (RBT) Sook - Kampung Simbuan sepanjang 20 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM152 juta.

 
"Jajaran jalan ini akan menghubungkan penduduk kampung ke Pekan Sook dan Pekan Keningau serta menghubungkan 13 buah kampung, tiga buah sekolah, klinik, rumah-rumah ibadat dengan anggaran jumlah penerima manfaat adalah seramai 3,000 orang.


"Projek menaiktaraf tersebut dijangka akan ditender pada hujung September ini dan kerja pembinaan dijangka dapat dimulakan pada suku pertama tahun hadapan.


"Saya percaya apabila siap kelak, ianya akan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung sekitar untuk mengangkut hasil-hasil tanaman serta memberi kemudahan perjalanan kepada penduduk kampung, " katanya.


Tambah Arthur, projek menaiktaraf Jalan RBT- Kampung Simbuan merupakan salah satu daripada lima projek mega yang sedang dan akan berjalan di kawasan pedalaman Sabah selaras dengan usaha yang dilaksanakan KPLB untuk memperbaiki, memperluas dan mempertingkatkan rangkaian sistem jalan raya di kawasan luar bandar.

 
"Kerajaan sentiasa komited bagi memastikan Keluarga Malaysia di pedalaman Sabah walaupun berada di kawasan yang terpencil di luar bandar, tidak ketinggalan daripada menerima pembangunan seperti di tempat-tempat yang lain supaya dapat maju bersama tidak kira di bandar mahupun di luar bandar, " katanya lagi.

  • oleh
  • Advertisement