Anda di sini

Belanda tewaskan Poland 2-0, hampiri kelayakan ke pusingan akhir Liga Negara UEFA

Advertisement
Pemain tengah Belanda Frenkie De Jong (kanan) bersaing untuk mendapatkan bola dengan pemain tengah Poland Piotr Zielinski pada perlawanan Liga Negara UEFA Kumpulan 4 di antara Poland dan Belanda di Warsaw, Poland, kelmarin. — Gambar AFP
Pemain tengah Belanda Frenkie De Jong (kanan) bersaing untuk mendapatkan bola dengan pemain tengah Poland Piotr Zielinski pada perlawanan Liga Negara UEFA Kumpulan 4 di antara Poland dan Belanda di Warsaw, Poland, kelmarin. — Gambar AFP

WARSAW: Belanda menewaskan Poland 2-0 di Warsaw semalam untuk menghampiri kelayakan ke pusingan akhir Liga Negara UEFA, apabila Cody Gakpo dan Steven Bergwijn terus mula dengan cemerlang pada musim ini.

Anak buah Louis van Gaal mengekalkan kelebihan tiga mata ke atas Belgium, yang mengetepikan Wales 2-1, dan kini duduk di tangga teratas Kumpulan A4.

Mereka hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan terakhir semasa menentang Belgium di Amsterdam pada hari Ahad untuk mengunci tempat teratas.

Belanda nampaknya berada dalam prestasi yang baik menjelang aksi pembukaan Piala Dunia di Qatar menentang juara Afrika, Senegal pada 21 November, sebelum perlawanan Kumpulan A selanjutnya dengan tuan rumah dan Ecuador.

Poland layak ke Piala Dunia dengan kemenangan playoff ke atas Sweden tetapi mereka tidak bertaring semasa perlawanan semalam.

Belanda mendahului pada minit ke-14 selepas kerjasama cemerlang pasukan menemui Denzel Dumfries yang melorong untuk Gakpo, yang menjaringkan gol.

Pemain sayap PSV Eindhoven itu kini telah menjaringkan lapan gol dalam tujuh perlawanan terakhirnya untuk kelab dan negara.

Poland akhirnya mencipta peluang terbaik pada minit ke-53, tetapi cubaan Arkadiusz Milik tersasar.

Belanda menggandakan kelebihan tujuh minit kemudian apabila Vincent Janssen berganding dengan Steven Bergwijn untuk menambah skor.

Pemain sayap itu menikmati kempen yang baik setakat ini, dengan lapan gol untuk Ajax sejak perpindahan rekod dari Tottenham Hotspur pada Julai. — AFP 
 

Advertisement