Anda di sini

Wanita maut dipijak gajah liar

Advertisement
 Mangsa maut selepas dipijak gajah liar berkenaan.
MAUT: Mangsa maut selepas dipijak gajah liar berkenaan.

TAWAU: Seorang wanita warga emas maut dipercayai diserang seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merotai-Kalabakan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Samsiah Arshad berumur 67 tahun maut selepas dipijak mamalia tersebut.

Mangsa dipercayai bersama suaminya Tahir Salleh, dalam perjalanan dari Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas untuk melawat cucu mereka di Kongsi 4, Ladang Kelapa Sawit Cenderamata dengan menaiki sebuah motosikal.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mereka diserang gajah liar berkenaan, namun suami mangsa berjaya menyelamatkan diri.

 Gajah liar yang dipercayai menyerang mangsa.
SERANG: Gajah liar yang dipercayai menyerang mangsa.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut mengesahkan pihaknya menerima maklumat berkaitan kes amukan gajah liar di kawasan Dumpas.

Menurutnya, gajah berkenaan bukan gajah betina bunting yang sebelum ini dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai.

“Ini gajah lain, gajah betina sebelum ini sudah dihalau ke habitatnya dan gajah yang menyerang mangsa tidak memakai kolar,” katanya ketika dihubungi media.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi Utusan Borneo, mengesahkan ada menerima laporan awal mengenai kejadian tersebut dan kes masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement