Anda di sini

SUKMA XX: Emas hari kedua terakhir daripada tenis

Advertisement
Aiman (kiri) dan Jimmy Liong meraikan kemenangan selepas menewaskan beregu Selangor pada perlawanan akhir tenis beregu lelaki, hari ini. - Gambar Chimon Upon
Aiman (kiri) dan Jimmy Liong meraikan kemenangan selepas menewaskan beregu Selangor pada perlawanan akhir tenis beregu lelaki, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUALA LUMPUR: Hari kedua terakhir temasya Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) menyaksikan pasukan tenis kontinjen negeri menyumbang emas pada perlawanan akhir acara itu, hari ini.

Aksi cemerlang daripada gandingan Muhd Aiman Hamdan dan Jimmy Liong  Kai Long bagi kategori beregu lelaki ternyata memukau penonton di Kompleks Sukan Jalan Duta, di sini.

Dalam saingan itu, beregu Sarawak berjaya mengatasi pencabar dari Selangor yang juga pasangan pilihan, Muhd Syabil dan Muhd Nur Iman dengan kemenangan bergaya 6-2, 6-4.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) Dato Patrick Liew menzahirkan perasaan gembira dengan momentum positif pemain yang menghadiahkan emas kepada Sarawak.

"Saya gembira kerana kita berjaya memperoleh pingat emas.

"Syabas kepada kedua-dua pemain kita kerana telah berjaya mempamer satu permainan yang cukup hebat," katanya selepas perlawanan hari ini.

Jelasnya, ia merupakan kejayaan hasil daripada berkat usaha mereka selama ini.
 

  • oleh
  • Advertisement