Anda di sini

Sarawak rangkul juara keseluruhan tenpin boling dengan 10 pingat 

Advertisement
Skuad tenpin boling Sarawak menamatkan saingan memperolehi 10 pingat pada temasya SUKMA XX di Sunway Mega Lanes, Subang semalam.
Skuad tenpin boling Sarawak menamatkan saingan memperolehi 10 pingat pada temasya SUKMA XX di Sunway Mega Lanes, Subang semalam.

KUALA LUMPUR: Acara dalam tenpin boling melabuhkan tirai pada temasya Sukan Malaysia ke-20 (SUKMA XX) semalam menyaksikan Sarawak membawa pulang 10 pingat sekali gus muncul juara keseluruhan.

Pingat pertama dituai menerusi balingan emas dari Lavinia Kho Jia bagi acara individu wanita diadakan di Sunway Mega Lanes, Subang di sini pada Ahad lalu.

Pada hari yang sama, Nur Hazirah Ramli menerusi acara perseorangan wanita berjaya meraih pingat perak.

Dalam pada itu, pencapaian cemerlang dua wanita iaitu Nur Hazirah dan Lavinia turut berjaya menyumbang emas dalam acara beregu wanita pada Isnin lalu.

Selain itu, pemain trio lelaki diwakili oleh Abner Loo Chun, Musayyar Khalid dan Abang Afiq Yazid Abang Azman menyumbang gangsa dalam acara tersebut.

Pada 20 September, acara beregu campuran memperolehi masing-masing satu emas dan gangsa di mana emas dituai menerusi gandingan Nur Aina Kamalia Abdul Ayub dan Musayyar Khalid.

Manakala gangsa diperolehi menerusi gandingan oleh Nur Hazirah dan Abang Afiq Yazid.

Dalam pada itu, acara lima berkumpulan kategori wanita berjaya menuai pingat emas.

Kategori itu diwakili oleh Gilliam Lim Siew, Asya Dania Azree, Lavinia Kho, Nur Aina Kamalia dan Nur Hazirah.

Bagi kategori lelaki diwakili oleh Abner Loo Chun, Tsen Fan Yew, Mohd Zuhayr Redza, Musayyar Khalid dan Abang Afiq Yazid berjaya meraih perak.

Bagi acara masters lelaki dan wanita, gandingan Abang Afiq Yazid dan Nur Hazirah terus memberi pingat kepada Sarawak apabila berjaya meraih dua gangsa dalam acara tersebut.

Kejayaan ini membolehkan skuad boling Sarawak menutup tirai SUKMA XX muncul juara keseluruhan dengan membawa pulang empat emas, dua perak dan empat gangsa. 
 

  • oleh
  • Advertisement