Anda di sini

Sabah rekod 171 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 171 kes baharu COVID-19 hari ini dengan peningkatan kadar positiviti kepada 9.37 peratus berbanding 8.86 peratus pada Khamis.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu masih menjadi penyumbang tertinggi kes-kes baharu di Sabah dengan 34 kes, tetapi jauh lebih rendah daripada 83 kes pada Khamis.

"Ini diikuti oleh Tawau dengan 27 kes (+12), Lahad Datu 13 kes (+12), Tuaran 12 kes (-1), Papar 11 kes (+10) dan Penampang 11 kes (+1).

"Lahad Datu dan Papar masing-masing mencatatkan hanya satu kes. Empat daerah iaitu Kalabakan, Nabawan, Semporna dan Tongod tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 170 daripada 171 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 serta satu kes dalam Kategori 4.

  • oleh
  • Advertisement