Anda di sini

Penunggang maut motosikal terbabit kemalangan dengan 4WD di Jalan KJD

Advertisement
Kemalangan yang berlaku di Batu 2, Nanga Stras, Jalan KJD telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.
Kemalangan yang berlaku di Batu 2, Nanga Stras, Jalan KJD telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

BINTANGOR: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan yang berlaku di Batu 2, Nanga Stras, Jalan KJD pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, kemalangan tersebut berlaku sekitar 3.30 petang.

"Dalam kemalangan tersebut, motosikal yang ditunggang oleh mangsa telah terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).

"Impak kemalangan tersebut telah menyebabkan mangsa, Keruka Tubeng, 57 tahun berasal dari Rumah Rabong Nanga Stras disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sementara itu, pemandu kereta pacuan empat roda pula, mengalami kecederaan patah lengan kanan," kata Sekam dalam kenyataan kepada media, kelmarin.

Mangsa yang cedera telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Sibu.

Kata Sekam, punca sebenar kemalangan ini masih lagi dalam siasatan.

"Kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan (APJ) 1987," jelas Sekam lagi.
 

  • oleh
  • Advertisement