Anda di sini

Penduduk hargai kemudahan Dewan Kg Nuntunan

Advertisement
 Inilah bahagian bilik persalinan yang dibina di Dewan Kg Nuntunan yang diyakini akan memberi manfaat kepada penduduk dalam penganjuran program.
GAMBAR KIRI: Inilah bahagian dapur yang dibina di Dewan Kg Nuntunan yang diyakini akan memberi manfaat kepada penduduk dalam penganjuran program. GAMBAR KANAN: Inilah bahagian bilik persalinan yang dibina di Dewan Kg Nuntunan yang diyakini akan memberi manfaat kepada penduduk dalam penganjuran program.



KENINGAU: Penduduk setempat di Kampung Nuntunan Apin-Apin Bingkor kini akhirnya dapat menarik nafas lega dan gembira apabila ruang bilik persalinan dan kemudahan dapur di dewan kampung tersebut telah disiapkan.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Nuntunan, Bibiana Lacius yang mewakili penduduk kampung ketika ditemui menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan kerana telah merealisasikan kemudahan itu untuk penduduk kampung.


“Pembinaan ruang dapur dan bilik persalinan di dewan ini kini siap sepenuhnya dan kini dapat memberikan keselesaan kepada masyarakat setempat apabila mengadakan aktiviti mahu pun program kemasyarakatan pada masa akan datang.


“Diatas usaha Dr Jeffrey Kitingan, penduduk amat menghargai dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih diatas keprihatinan yang pastinya akan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat di kampung ini,” kata Bibiana.


Sehubungan itu Bibiana truut menyeru kepada penduduk agar terus menyatakan sokongan terhadap wakil rakyat disini terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor dan Parlimen Keningau yang sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat dalam pelbagai aspek demi kesejahteraan rakyat di akar umbi.


 

  • oleh
  • Advertisement