Anda di sini

Lelaki cedera terjatuh ke dalam longkang di Gersik

Advertisement
Mangsa diangkat keluar dari longkang sebelum dihantar ke hospital.
Mangsa diangkat keluar dari longkang sebelum dihantar ke hospital.

KUCHING: Seorang lelaki cedera di pinggang dan kaki selepas dikatakan terjatuh ke dalam longkang sedalam 12 kaki di Jalan Gersik, Petra Jaya semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya terus ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

"Mangsa berusia 29 tahun dipercayai terjatuh semasa melalui kawasan longkang tersebut.

"Pasukan penyelamat berjaya menaikkan mangsa keluar dari longkang dan seterusnya menghantarnya ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement