Anda di sini

Kes dibaham buaya: Bau kuat dari tebing sungai, belum dipasti lokasi mangsa 

Advertisement
Pasukan penyelamat menyusuri sungai sedang berusaha mencari mangsa dan terdapat kesan kemungkinan kehadiran reptilia itu di kawasan tebing sungai.
Pasukan penyelamat menyusuri sungai sedang berusaha mencari mangsa dan terdapat kesan kemungkinan kehadiran reptilia itu di kawasan tebing sungai.

BINTULU: Terdapat kawasan yang dikesan mengeluarkan bau yang kuat dari tebing sungai tetapi tidak pasti untuk mengatakan tempat tersebut digunakan untuk 
reptilia tersebut membawa mangsa, kata Komander operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju, PPgB Hashim Norshidi.

Katanya, anggota bomba dan polis telah naik ke darat untuk mengesan tempat yang mengeluar bau kuat tersebut dengan harapan ada petunjuk dapat ditemui yang 
boleh membawa kepada lokasi mangsa atau pemangsa tersebut.

"Begitupun setakat jam 5.45 petang kita tidak menemui petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan mangsa. Operasi ditangguhkan pada 6 petang (semalam) atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pencarian disambung pada jam 7 pagi hari ini (Jumaat)," katanya berkenaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk hari keempat (semalam) di sini hari ini.

Hashim berkata, pasukan penyelamat telah melakukan pencarian menggunakan sebuah bot penyelamat di radius satu kilometer (km) dari lokasi kejadian dan 
ditangguhkan pada jam 8 pagi untuk penyerahan tugas antara pasukan di Pos Kawalan Bomba (PKB).

Ujarnya, operasi pencarian seterusnya adalah sekitar jam 3.30 petang hingga 5.45 petang di radius 2 km.

Agensi terlibat dalam operasi SAR itu terdiri 11 anggota PDRM, lapan anggota polis marin, dua kakitangan Sarawak Forestry Corporation (SFC), empat anggota
Pasukan Gerakan Am (PGA) dan empat nelayan tempatan serta penduduk kampung.

Kronologi kejadian itu berlaku semaasa mangsa warganegara Indonesia yang dikenali sebagai Hermanto, 40, dikatakan sedang memancing di sungai terbabit 
sebelum disambar dan dibaham buaya.

Pengadu yang juga saksi kejadian yang merupakan rakan senegara mangsa dikatakan sempat melihat buaya berkenaan menyambar lalu membaham mangsa yang ketika 
itu berada di kawasan seberang sungai sebelum mangsa diseret oleh haiwan itu ke dasar sungai lalu tenggelam.
 

  • oleh
  • Advertisement