Anda di sini

Kerajaan Sarawak hasrat guna teknologi ESRI ArcGIS rancang pembangunan bandar, pemetaan sumber asli 

Advertisement

KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk meneroka penggunaan teknologi ESRI ArcGIS dalam perancangan pembangunan bandar dan pemetaan sumber asli ke arah masa depan yang mampan.

Perkara ini disuarakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Sesi Perkongsian Teknologi ArcGIS bersama ESRI Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei di Menara Pelita di sini, pagi semalam.

Menurut kenyataan media JTS semalam, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II itu mencadangkan kepada ESRI Malaysia bersama SAINS untuk menjalankan kajian menyeluruh mengenai penyelesaian GIS bagi sumber asli Sarawak seperti pemetaan jenis mineral, kawasan kepadatan buaya dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ESRI Malaysia CS Tan mengimbas kembali penglibatan pihaknya sebelum ini pada Persidangan Pengguna ESRI San Deigo, Amerika Syarikat.

Sembilan bidang telah dikenal pasti dalam persidangan tersebut iaitu guna tanah, sumber galian dan asli, pengesanan perubahan, bekalan air, bekalan gas, bandar pintar, program pemuliharaan, pemetaan hidupan liar dan pembangunan bakat. 

Manakala Firdaus Asri, Pengurus Pasukan Perunding Industri ESRI Malaysia berkongsi beberapa kajian kes iaitu 'New Mexico: Menggunakan GIS untuk memastikan perlombongan beroperasi secara bertanggungjawab dan cekap' dan 'Singapura: Bandar Pintar.'

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED) Datuk Mohd Naroden Majais, Pengarah JTS Abdullah Julaihi, Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dr Zaidi Razak dan CEO SAINS Dr Anderson Tiong.
 

Advertisement