Anda di sini

Jualan Murah Keluarga Malaysia kali ketiga di Balingian meriah

Advertisement
Salihin (baria depan, tiga kanan) bersama pemilik premis Chop Tiang Soon ketika JMKM kali ketiga bagi Parlimen Mukah berlangsung di Balingian pada Khamis.
Salihin (baria depan, tiga kanan) bersama pemilik premis Chop Tiang Soon ketika JMKM kali ketiga bagi Parlimen Mukah berlangsung di Balingian pada Khamis.

MUKAH: Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) buat kali ketiga bagi Parlimen Mukah di Balingian telah berlangsung dengan jayanya dan medapat sambutan hangat pada Khamis.

Menurut Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah Salihin Den, usaha itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan bebanan kos sara hidup golongan kurang berkemampuan terutamanya B40.

“JMKM akan dilaksanakan sehingga Disember 2022 nanti di mana kita KPDNHEP adalah sebagai agenai pelaksana," katanya melalui siaran media.

Selain di kawasan Parlimen Mukah, program ini juga akan diperluas sehingga ke peringkat Dewan Undangan Negeri.

Atas kelancaran dan juga sambutan hangat itu, Salihin turut merakamkan terima kasih kepada semua rakan strategik yang terdiri daripada pihak swasta dan kerajaan dalam membantu merealisasi usaha murni kerajaan ini. 

Antara barangan yang terlibat dalam jualan murah adalah beras, gula, minyak masak peket, tepung gandum dan telur ayam yang telah dikurangkan harga sehingga 30 peratus daripada harga pasaran.

Premis Chop Tiang Soon di Balingian merupakan rakan strategik yang telah menjayakan JMKM kali ini.

Salihin turut berpesan kepada pengguna yang telah terlepas peluang pada kali ini untuk merancang ke program JMKM seterusnya pada tarikh 29 September jam 10 pagi di lokasi yang sama.
 

  • oleh
  • Advertisement