Anda di sini

Idris terima kunjungan hormat Pengarah JSJK Bukit Aman

Advertisement
 Suasana semasa kunjungan hormat di Pejabat Pesuruhjaya Polis Sabah IPK Sabah semalam.
MESRA: Suasana semasa kunjungan hormat di Pejabat Pesuruhjaya Polis Sabah IPK Sabah semalam.

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini semalam.

Kunjungan hormat ini adalah sempena Majlis Penutupan Kursus Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelencungan/ Hartanah Siri 1/2022 JSJK Sabah serta perjumpaan bersama warga kerja JSJK Kontinjen Sabah.

Turut hadir semasa kunjungan terbabit ialah Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket JSJK Bukit Aman Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelencungan/Hartanah JSJK Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Rosni Mohamed Lazim, dan Ketua JSJK Sabah Superintendan Moses Govindarajoo A/L Govindarajoo.

  • oleh
  • Advertisement