Anda di sini

Dua parah kereta bertembung lori

Advertisement
 Keadaan kenderaan MPV selepas bertembung dengan lori 12 tan.
REMUK: Keadaan kenderaan MPV selepas bertembung dengan lori 12 tan.

KOTA MARUDU: Dua individu termasuk kanak-kanak berumur 11 tahun mengalami kecederaan parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kasagaan Pitas di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian jam 11.13 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori 12 tan.

“Kemalangan menyebabkan dua mangsa masing-masing wanita berumur 42 tahun dan kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun tersepit di dalam kenderaan MPV.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi.

Katanya mangsa kemudiannya dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sementara itu katanya pemandu di lori 12 tan tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi keseluruhan tamat jam 1.12 petang.

  • oleh
  • Advertisement