Anda di sini

Christina turun padang santuni mangsa kebakaran

Advertisement
 Christina ketika meninjau keadaan rumah yang musnah.
TURUN PADANG: Christina ketika meninjau keadaan rumah yang musnah.

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew turun padang menyantuni mangsa kebakaran yang berlaku di Batu 2, Lorong Haji Sundu, Jalan Apas selepas merasmikan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di sini baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada Rabu lalu apabila pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.37 pagi. Dua rumah musnah dalam kejadian terbabit, manakala empat lagi rumah terbakar 30 peratus.

Katanya, sebuah teksi juga musnah 10 peratus dan beberapa bahagian Masjid Al Munawarah juga turut terjejas.

Christina ketika bertemu dengan para mangsa menjelaskan bahawa beliau difahamkan kebakaran bermula apabila kanak-kanak bermain mancis sebelum terbakar dan merebak ke rumah seterusnya.

"Pegawai perhubungan Parlimen Tawau akan memantau perkara ini," katanya.

beliau juga menasihati orang ramai akan lebih peka mengenai bencana kebakaran memandangkan rumah masing-masing adalah berdekatan diantara satu sama lain.

Katanya, jangan melakukan penyambungan elektrik secara haram kerana ianya bahaya dan perbuatan jenayah.
 

  • oleh
  • Advertisement