Anda di sini

Celcom terus modenkan rangkaian dengan menggandakan kapasiti teras

Advertisement

KUCHING: Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus memodenkan rangkaiannya bagi memenuhi permintaan data yang semakin meningkat dengan menggandakan kapasiti rangkaian teras menerusi pembangunan rangkaian 'telco cloud-native core' terbesar dan tercanggih negara.

Dengan teras yang baharu, Celcom menambah baik daya tahan rangkaiannya yang menawarkan kebolehpercayaan, prestasi yang lebih tinggi dan kependaman yang lebih rendah kepada seluruh pengguna rangkaian.

Pelaburan rangkaian berterusan Celcom pada rangkaian 'telco cloud-native core' merupakan sebahagian daripada komitmen telekomunikasi untuk menangani peningkatan trafik data yang pesat, menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai kepada pelanggan serta memberi prestasi rangkaian yang konsisten dengan liputan LTE terluas.

Rangkaian 'telco cloud-native core' yang sedang beroperasi dengan rangkaian terbesar Full Mesh CUPS (Control User Plane Separation), membolehkan penjuruteraan semula untuk perancangan kesinambungan perniagaan yang lancar dan kapasiti pengurusan dan operasi yang tangkas.

Rangkaian teras juga telah mengguna pakai piawaian Cloud Native Computing Foundation (CNCF) dan European Telecommunications Standards Institute (ETSI) yang menggalakkan keterbukaan, membolehkan keupayaan permulaan bagi pihak ketiga yang tangkas dan pantas untuk mempercepatkan produk dan perkhidmatan ke pasaran.

Di samping itu, Celcom terus menambah lebih banyak keupayaan yang akan sedia untuk menyokong perkhidmatan mikro yang baharu dan juga tambahan.

Rangkaian teras yang dinaik taraf juga membolehkan peralihan ke arah All-In-One Converged Mobile Packet Core yang menawarkan pelanggannya dengan pengalaman rangkaian bersepadu serta lancar merentas perkhidamatan 2G, 4G dan 5G yang akan datang.

Platform yang kalis masa depan ini telah sedia untuk kedua-dua seni bina rangkaian 5G iaitu Non-Standalone (NSA) dan Standalone (SA) serta aplikasi pihak ketiga yang membuka kepada potensi untuk ekosistem 5G.

Afizulazha Abdullah
Afizulazha Abdullah

Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Celcom Afizulazha Abdullah berkata, pelaburan rangkaian terkini Celcom untuk rangkaian 'telco cloud-native core' terbesar dan tercanggih negara dengan perkhidmatan 'cloud-native,' memastikan pengalaman digital yang lebih baik untuk kesemua pengguna rangkaian Celcom.

Katanya, dengan membangunkan teknologi terkini dan yang inovatif untuk rangkaian teras mereka, kapasiti teras Celcom dapat menyokong lebih ramai pengguna dan memastikan pengalaman penggunaan data yang lebih lancar.

"Dengan peningkatan trafik data yang pesat serta permintaan untuk capaian Internet merentasi pelbagai aplikasi dan solusi, rangkaian teras Celcom baharu yang dipertingkatkan kini mampu untuk menyepadukan produk dan perkhidmatan yang lebih kompleks, bagi memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup digital yang unik.

"Ini termasuklah mengukuhkan portfolio perkhidmatan ICT buat Perusahaan dan Perkhidmatan Konvergen, termasuk perkhidmatan 5G yang akan tiba, bersama dengan penambahbaikan rangkaian teras terbaharu kami," tambah Afizulazha.

  • oleh
  • Advertisement