Anda di sini

Bergu skuasy Sabah akhiri cabaran pingat perak di SUKMA XX

Advertisement
 Pasangan Wen Li (kiri) dan Xin Ying menang pingat perak acara bergu wanita untuk skuad skuasy Sabah menamatkan cabaran dengan satu pingat perak dan satu gangsa pada SUKMA XX.
PERAK: Pasangan Wen Li (kiri) dan Xin Ying menang pingat perak acara bergu wanita untuk skuad skuasy Sabah menamatkan cabaran dengan satu pingat perak dan satu gangsa pada SUKMA XX.

KUALA LUMPUR: Pasangan Lai Wen Li dan Yee Xin Ying menang pingat perak acara bergu wanita untuk skuad skuasy Sabah menamatkan cabaran dengan satu pingat perak dan satu gangsa pada SUKMA XX.

Bergu Sabah itu tewas 10-11, 6-11 ditangan pasangan adik-beradik dari Kedah, Aifa dan Aira Azman pada perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam.

"Kami sudah cuba yang terbaik tetapi ada ketika melakukan kesilapan ketika saat genting, apapun ia adalah sebahagian adat permainan.

"Apapun kami tetap gembira dengan pencapaian pingat perak ini dan ianya adalah pencapaian terbaik skuad skuasy Sabah di SUKMA berbanding pencapaian terbaik pada SUKMA sebelum ini hanya gangsa," kata Wen Li.

Satu pingat perak dan satu gangsa meletakkan Sabah di kedudukan kelima carta kutipan pingat sukan skuasy yang berakhir semalam.

Kedah muncul juara skuasy dengan dua pingat emas dan tiga perak diikuti Sarawak (1e, 1p), Wilayah Persekutuan (1e, 1g) dan Kelantan (1e).

  • oleh
  • Advertisement