Anda di sini

AMANAH beri laluan Christina pertahan Kerusi Perlimen Tawau

Advertisement
 Abas (tengah) ketika ditemui media, turut kelihatan Christina.
SIDANG MEDIA: Abas (tengah) ketika ditemui media, turut kelihatan Christina.

TAWAU: Parti Amanah Negara (AMANAH) Tawau berharap Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew akan dicalonkan semula di sini bagi mempertahankan Kerusi terbabit.

Pengerusi Penyelaras AMANAH Tawau Abas KBS @ Kaing berkata, AMANAH sebelum ini berhasrat untuk bertanding di Kerusi Tawau, tetapi Pakatan Harapan (PH) kini berdiri teguh bersama Christina

"Kami dalam PH sentiasa memberikan sokongan padu kepada Christina untuk mempertahankan Kerusi itu.

"Sekiranya beliau menang, beliau mampu melaksanakan serta mencapai segala perancangan yang telah dibuat untuk Parlimen Tawau," katanya ketika ditemui di Pusat Komuniti Tawau baru-baru ini.

Beliau berkata, terdapat satu projek belum dilaksanakan iaitu Pusat Perlindungan Tenggiling di Taman Bukit Tawau yang merupakan destinasi pelancongan baharu.

Abas berkata, AMANAH Tawau akan membantu dalam jentera kempen di kawasan bumiputra muslim Apas serta Balung bagi memastikan kemenangan Christina.

  • oleh
  • Advertisement