Anda di sini

Abang Johari saksi penyerahan zakat daripada RHB Islamic kepada TBS

Advertisement
Abang Johari (tengah) menyaksikan penyampaian zakat oleh Adissadikin (empat kiri) kepada Misnu (empat kanan). - Gambar Penerangan
Abang Johari (tengah) menyaksikan penyampaian zakat oleh Adissadikin (empat kiri) kepada Misnu (empat kanan). - Gambar Penerangan

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat berjumlah RM400,000 dan RM500,000 hasil kutipan atau derma wakaf yang disumbangkan oleh masyarakat umum melalui RHB Islamic kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di sini, hari ini.

Bayaran zakat bagi tahun kewangan berakhir 2021 itu diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Datuk Adissadikin Ali kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha, selaku wakil TBS.

Menurut Adissadikin, RHB Islamic melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai sebuah organisasi yang prihatin dengan sasaran untuk memperkasakan pembangunan sosioekonomi ummah bagi manfaat golongan asnaf.

Sementara itu, sejumlah RM500,000 hasil kutipan atau derma wakaf untuk projek dana wakaf al-bait yang disumbangkan oleh masyarakat umum, terutamanya daripada pelanggan RHB, akan dimanfaatkan untuk penambahbaikan dua rumah tahfiz di negeri ini bagi menambah keselesaan kira-kira 150 orang asnaf.

Turut hadir Pengurus Besar TBS Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie, Ketua Penasihat Shariah RHB Ahmad Mukarrami Ab Mummin dan Pengarah RHB Wilayah Sarawak Mohammad Tony Ong Abdullah.
 

Advertisement