Anda di sini

SUKMA XX: Bola tampar lelaki tempah slot ke peringkat akhir

Advertisement
Pasukan bola tampar lelaki berjaya ke peringkat akhir yang akan berlangsung esok.
Pasukan bola tampar lelaki berjaya ke peringkat akhir yang akan berlangsung esok.

KUALA LUMPUR: Pasukan bola tampar lelaki Sarawak mara ke peringkat akhir selepas menewaskan Johor 3-0 pada separuh akhir temasya Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX), hari ini.

Perlawananyang diadakan di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4, Shah Alam itu menyaksikan Sarawak berjaya mencatatkan mata 25-21, 25-16, 25-16.

Sarawak bakal bersemuka Selangor untuk penentuan juara bola tampar, esok.

"Sekarang semangat kita tinggi dan saya percaya kita boleh mencapai pingat emas untuk Sarawak untuk aksi akhir esok.

"Pemain menunjukkan aksi yang terbaik hari ini dengan mata 3-0 menentang Johor. 

"Kami menjangkakan perlawanan (menentang Johor) memberi saingan yang hebat kepada Sarawak, namun ia begitu fantastik," kata pembantu Chef de Mission bagi bola tampar Joseph Chieng Jin Ek.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pasukan Sarawak mampu memberikan yang terbaik untuk acara akhir esok.

"Lakukan yang terbaik untuk esok (akhir) dan sentiasa ingat untuk melakukan yang terbaik untuk Sarawak," tambahnya.

Sementara itu, pasukan bola tampar wanita negeri berjaya merangkul pingat gangsa selepas menewaskan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 3-0.

Pada perlawanan di Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam itu, skuad negeri mencatatkan mata 25-21, 25-16, 25-23. 
 

  • oleh
  • Advertisement