Anda di sini

Polis bebas 14 tebusan ditahan di bank Georgia Lelaki bersenjata menuntut AS$2 juta: Saksi

Advertisement
Anggota polis dilihat berkumpul di luar sebuah bank di bandar Kutaisi, Georgia kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata menahan 14 tebusan untuk menuntut wang sebanyak AS$2 juta. — Gambar AFP
Anggota polis dilihat berkumpul di luar sebuah bank di bandar Kutaisi, Georgia kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata menahan 14 tebusan untuk menuntut wang sebanyak AS$2 juta. — Gambar AFP

TBILISI: Polis di Georgia kelmarin membebaskan 14 tebusan yang ditahan oleh seorang lelaki bersenjata di sebuah bank di bandar Kutaisi, kata pihak berkuasa.

“Kesemua 14 tebusan sudah dibebaskan dan penahan tebusan ditangkap,” kata kementerian dalam negeri Laut Hitam itu dalam satu kenyataan.

Dalam laporan awal kelmarin, seorang lelaki bersenjata telah menahan 12 orang sebagai tebusan dan menuntut sejumlah besar wang di cawangan Bank of Georgia di bandar pusat Georgia yang diduduki sekitar 150,000 orang.

Siasatan telah dibuka ke atas “tindakan pengganas, penahanan tebusan dan pemilikan senjata api secara haram”, kata kementerian itu.

Stesen televisyen bebas Mtavari telah menyiarkan video rakaman telefon bimbit yang diambil oleh salah seorang tebusan, yang menunjukkan dua bahan letupan di pintu masuk.

“Dia (penahan tebusan) mengatakan ini merupakan bom yang akan meletup jika pintu dibuka,” kata tebusan itu.

Satu lagi video menunjukkan penahan tebusan – seorang lelaki bersenjata yang bertopeng dan berpakaian tentera – dan seorang pegawai bank.

Seorang tebusan wanita kedengaran berkata: “Dia menuntut wang sebanyak AS$2 juta dalam masa tiga jam. Dia mempunyai bom tangan dan ada bom yang akan meletup.”

Pada Oktober 2020, seorang lelaki bersenjata menahan 43 orang sebagai tebusan di cawangan Bank of Georgia di bandar Zugdidi.

Dia membebaskan semua tebusan, melarikan diri de-ngan sejumlah wang tunai yang tidak diketahui, dan tidak pernah ditahan. — AFP 
 

Advertisement