Anda di sini

Mayat lelaki tanpa dokumen diri dijumpai di belakang pasar raya

Advertisement
Anggota polis sedang menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat.
Anggota polis sedang menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat.

SIBU: Mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri dijumpai terbaring di kaki lima di belakang sebuah pasar raya di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.24 pagi.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati mayat lelaki tempatan itu dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an dan terbaring lengkap berpakaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut pihak polis mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh si mati serta tiada unsur jenayah dikesan berlaku di tempat kejadian.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya," katanya.

Tambah beliau kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
 

  • oleh
  • Advertisement