Anda di sini

Mahu kekalkan pertalian dalam tenis

Advertisement
Seorang peminat membawa poster Federer ketika menyaksikan satu perlawanan di Kejohanan Jelajah WTA Terbuka Chennai 2022 di India. — Gambar AFP
Seorang peminat membawa poster Federer ketika menyaksikan satu perlawanan di Kejohanan Jelajah WTA Terbuka Chennai 2022 di India. — Gambar AFP

GENEVA: Bintang tenis legenda Switzerland, Roger Federer, yang mengumumkan akan bersara dari sukan tenis minggu lepas, mahu terus mempunyai pertalian kepada ‘sukan yang telah memberikan saya segala-galanya,’ katanya dalam satu temu bual yang dikeluarkan pada Selasa.

Federer, pemenang 20 kejuaraan Grand Slam dan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, membangkitkan reaksi penuh emosi apabila mengumumkan dia akan bersara selepas kejohanan Piala Laver minggu ini.

Pada Khamis minggu lepas, dia mengakui di media sosial bahawa dia masih bergelut dengan kecederaan lutut, yang memaksanya untuk membuat keputusan mengakhiri karier yang memberikannya satu reputasi sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman.

Ketika tiba di London untuk kejohanan ATP terakhirnya, dia memberitahu penyiaran Switzerland, RTS bahawa dia berasa “lega” untuk membuat pengumuman dan berasa “sangat gembira untuk dapat memiliki karier yang dia harungi ini.”

Dia memberitahu TS bahawa dalam beberapa bulan yang lalu “perkembangan saya tidak memuaskan, lutut saya masih tidak membenarkan saya terus bermain.”

“Dan kemudian saya menerima keputusan pemeriksaan lanjut yang juga tidak bagus selain tiada perkembangan lanjut,” katanya. 

“Saya memberitahu diri saya bahawa semuanya sudah berakhir. Sejujurnya, saya tidak mahu melakukannya (rawatan) sekali lagi.”

Federer menyedari bahawa dia berasa sangat sebak ketika mengumumkan akan bersara pada minggu lepas tetapi memberitahu RTS bahawa dia berasa “gembira untuk mengambil langkah itu.”

Ditanya apa perancangannya di masa hadapan, Federer  berkata: “Saya tidak tahu apa masa depan saya tetapi saya tidak mahu menjauhkan diri saya dari tenis.” — AFP
 

Advertisement