Anda di sini

Lelaki maut dipercayai dihempap bahagian belakang lori 

Advertisement
Gambar di lokasi kejadian yang meragut nyawa seorang lelaki dipercayai dihempap bahagian belakang sebuah lori.
Gambar di lokasi kejadian yang meragut nyawa seorang lelaki dipercayai dihempap bahagian belakang sebuah lori.

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dihempap bahagian belakang sebuah lori di Batu 10 Kota Padawan, Jalan Penrissen hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Chin Hung Joon, 38, semasa kejadian dipercayai sedang memeriksa lorinya sekitar jam 7.20 pagi.

Menurutnya, isteri mangsa memberitahu setiap pagi sebelum keluar bekerja mangsa akan melakukan pemeriksaan rutin ke atas lori tersebut.

"Siasatan awal dijalankan di lokasi kejadian dan mendapati tiada unsur jenayah.

"Keterangan daripada adik mangsa, dipercayai mangsa tersentuh kabel hidraulik semasa membuat pemeriksaan menyebabkan 'bucket' lori turun lalu menghempapnya.

"Katanya juga, pemeriksaan juga mendapati 'safety check bucket' lori tersebut juga tidak dipasang ketika mangsa melakukan pemeriksaan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut kes masih dijalankan.
 

  • oleh
  • Advertisement