Anda di sini

Bunga untuk Ratu Elizabeth II akan dikompos, diguna semula di taman 

Advertisement
Askar Pengawal Raja berjalan di sepanjang halaman rumput yang diliputi bunga di Istana Windsor, England pada Isnin lepas, beberapa hari sebelum upacara pengebumian negara untuk Ratu Elizabeth II. — Gambar AFP
Askar Pengawal Raja berjalan di sepanjang halaman rumput yang diliputi bunga di Istana Windsor, England pada Isnin lepas, beberapa hari sebelum upacara pengebumian negara untuk Ratu Elizabeth II. — Gambar AFP

LONDON: Lautan bunga penghormatan yang ditinggalkan di taman-taman London untuk Ratu Elizabeth II akan dikompos dan digunakan semula dalam projek penanaman, kata Royal Parks bandar itu kelmarin.

Sejumlah besar bunga telah diletakkan di taman-taman di seluruh London berikutan kemangkatan raja Britain yang paling lama berkhidmat, yang bersemadi pada Isnin.

Kerja-kerja mengalihkan bunga akan bermula pada Isnin depan, seminggu selepas pengebumian negara untuk mendiang, yang mang-kat pada 8 September pada usia 96 tahun selepas 70 tahun di singgahsana. 

Orang ramai masih boleh meninggalkan bunga penghormatan tetapi bunga yang telah layu akan dibawa pergi.  

Royal Parks merangkumi ruang hijau London yang terkenal seperti Hyde Park, Kensington Gardens dan Green Park, yang menjadi tapak bunga penghormatan utama.

Kompos itu akan digunakan dalam projek landskap dan untuk pokok-pokok renek di seluruh taman.

“Keutamaan kami pada masa ini adalah untuk menguruskan sejumlah besar bunga dan penghormatan yang ditinggalkan di Green Park Floral Tribute Garden,” kata jurucakap Royal Parks.

“Kami akan menyimpan semua anak patung dan artifak yang telah ditinggalkan dan akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk penyelesaian dengan penuh budi bicara dan sensitiviti.” — AFP
 

Advertisement