Anda di sini

Sukan 'akuatik' dulang dua emas

Advertisement

Pingat emas disumbangkan menerusi terjunan gandingan Elvis Priestly dan Jared Aiden dalam acara platform seirama lelaki

Elvis (kiri) bersama Jared meraikan kemenangan selepas merangkul emas dalam acara platform seirama lelaki Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. - Gambar BERNAMA
Elvis (kiri) bersama Jared meraikan kemenangan selepas merangkul emas dalam acara platform seirama lelaki Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Acara 'akuatik' menyumbang dua pingat emas pada temasya Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini semalam.

Pingat emas tersebut disumbangkan menerusi terjunan terbaik gandingan Elvis Priestly Clement dan Jared Aiden Harold dalam acara platform seirama lelaki.

Pasangan Sarawak itu mengumpul 334.44 mata mendahului atlet Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 329.82 mata menerusi gandingan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim dan Yong Rui Jie.

Sementara itu, pingat gangsa dirangkul oleh Sabah oleh Julfaddli Jali dan Muhammad Anilrian Normatrud Abdullah dengan 291.78 mata.

Bagi acara kuak lentang 200m lelaki menyaksikan Hii Phuong Wei berjaya meraih emas dengan 2:07.71 saat.

Pingat emas itu merupakan kedua bagi Phuong setelah berjaya mendapat emas dalam acara acara 100 meter (m) kuak dada lelaki kelmarin.

Perak dimenangi oleh negera Brunei diwakili oleh Joel Ling Thai Yu dengan catatan masa 2:12.91 saat.

Melaka diwakili oleh Low Zheng Yong pula berjaya meraih gangsa dengan rekod 2:13.90 saat.

Sementara itu, bagi acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki gandingan Elvis Priestly Clement dan Soh Tze Kang.

Kedua-dua atlet itu berjaya menyumbang pingat gangsa dengan markah terkumpul sebanyak 303.84 mata.

Dalam acara itu, pingat emas berjaya diraih oleh Gabriel Gilbert Daim dan Julfaddli Jali dari Sabah dengan 317.37 mata.

Manakala gandingan daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim dan Yong Rui Jie mendapat perak dengan markah terkumpul 308.40 mata.
 

  • oleh
  • Advertisement