Anda di sini

SUKMA XX: Pasukan sepak takraw wanita Sarawak mara ke separuh akhir

Advertisement
Saingan hebat pada aksi Kumpulan A yang dipamer oleh skuad sepak takraw Sarawak oleh bergu wanita di Dewan Sri Sarjana, UNITEN hari ini.
Saingan hebat pada aksi Kumpulan A yang dipamer oleh skuad sepak takraw Sarawak oleh bergu wanita di Dewan Sri Sarjana, UNITEN hari ini.

KUALA LUMPUR: Kem sepak takraw kontinjen Sarawak membuat kejutan apabila berjaya mara ke separuh akhir selepas melebur harapan pesaingnya pada temasya Sukan Sukma Ke-20 (SUKMA XX) hari ini.

Pasangan Anisclen Sophilia Siam Siliman dan Sharifah Fifi Nurdayana Wan Muhamat Abdul Rah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir kategori bergu wanita (dua pemain).

Gandingan pemain berpengalaman itu memenangi dua perlawanan peringkat Kumpulan A di Dewan Sri Sarjana, UNITEN sebentar tadi.

Pada perlawanan pertama, Sarawak mampu mengatasi Kedah 2-0 (21-14, 21-12).

Selain itu, pasangan itu turut berjaya menumpaskan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2-0 (21-8, 21-7) pada perlawanan kedua.

Mengenai kejayaan pasangan tersebut, Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi menjelaskan prestasi pemain pada aksi perlawanan itu memberangsangkan.

"Prestasi cukup hebat dipamerkan oleh gandingan pasangan pemain kita pada dua perlawanan yang berlangsung di sini," jelasnya.

Beliau berkata, semangat perjuangan mereka cukup tinggi semasa menentang saingan mereka.

"Diharap prestasi dan momentum itu dapat mengekal kecemerlangan tersebut pada perlawanan peringkat separuh akhir yang dijadual berlangsung pagi esok," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement