Anda di sini

Konsert 'glow in the dark' Anirudh gegarkan Axiata Arena

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Bintang rock India Anirudh Ravichander memukau kira-kira 9,000 peminat menerusi konsert ‘glow in the dark’ di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu, yang merupakan konsert pertama pernah dilakukan artis India di Malaysia.

Penyanyi berusia 31 tahun itu membuat penyertaan hebat di atas pentas dengan lagu hitnya 'Once Upon A Time', sambil diserikan penglibatan penonton memakai gelang tangan Xyloband, mengandungi diod pemancar cahaya LED yang menerangi seluruh venue, sekali gus mencetuskan suasana menakjubkan.

Anirudh yang berwajah kebudak-budakan memukau penonton dengan lagu-lagu dan persembahannya yang bertenaga dalam set pertama dan seterusnya peminat diberikan kejutan istimewa apabila beliau bermain keyboad ketika mempersembahkan lagu-lagu hitnya seperti 'Po Nee Po dan Kanave Kanave'.

Anak pelakon India selatan Ravi Raghavendra, dan anak saudara pelakon tersohor India Rajinikanth dan Latha Rajinikanth itu mempersembahkan sebanyak 43 lagu untuk peminatnya konsert yang berlangsung empat jam dan diakhiri dengan lagu kegemaran ramai, 'Arabic Koothu'.

Anirudh turut diiringi penyanyi wanita Jonita Gandhi, Ravi G, Naan Pizhai dan Aditya Radhakrishnan turut mengamit kehadiran peminat tempatan dari seluruh negara.

Sempena Hari Malaysia pada 16 Sept, para penonton bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku sebelum konsert bermula manakala kumpulan Dhol terkenal Malaysia Dhol Ambassadors dan Tirusuli Aiyanar Urumi Melam turut memastikan penonton sentiasa bertenaga semasa waktu rehat.

Anirudh, seorang daripada pengarah muzik popular India kembali ke Malaysa buat kali ketiga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat Malaysia atas kasih sayang dan tenaga mereka yang menjadikan konsert malam Sabtu lepas sebagai malam terbaik dalam hidupnya.

Anirudh ialah komposer muzik India yang memenangi pelbagai anugerah, penyanyi playback, penerbit dan pemain muzik yang paling diiktiraf dalam industri filem Tamil.

Penyanyi itu membuat penampilan sulungnya sebagai komposer muzik pada 2011 dalam usia 21 tahun untuk tiga filem dan lagu daripada filem, 'Why This Kolaveri Di' menjadi video YouTube yang paling banyak ditonton di India dan mencetuskan sensasi dalam talian global.

'Once Upon A Time Tour' di KL yang dianjurkan oleh MC Entertainment dan disokong oleh Tourism Malaysia, merupakan permulaan jelajah Anirudh yang akan diteruskan ke Chennai dan Coimbatore di India dan London, United Kingdom. - BERNAMA 

Advertisement