Anda di sini

Tip untuk tidak terperdaya dengan taktik janji manis ‘scammers’

Advertisement
Berwaspada agar tidak menjadi mangsa taktik licik ‘scammers’ ini. Ketahui cara-cara pelaburan berhemah… Kunjungi Bersama InvestSmart®@Sarawak 2022 pada 17-18 September 2022 di Vivacity Megamall, Kuching.
Berwaspada agar tidak menjadi mangsa taktik licik ‘scammers’ ini. Ketahui cara-cara pelaburan berhemah… Kunjungi Bersama InvestSmart®@Sarawak 2022 pada 17-18 September 2022 di Vivacity Megamall, Kuching.

TUJUAN utama kita melabur adalah untuk mengumpul harta demi mempertingkatkan kesejahteraan kewangan kita. Namun, ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia kurang bernasib baik dan secara tidak sengaja menjadi mangsa skim-skim penipuan pelaburan atau scam.

Skim penipuan pelaburan lazimnya akan menjanjikan pulangan yang lumayan yang tidak masuk akal, dalam masa yang singkat tanpa sebarang risiko. 

Tetapi ini hanyalah indah khabar dari rupa kerana peluang pelaburan dan keuntungan yang kononnya akan diperolehi itu sebenarnya tidak wujud. 

Berhati-hatilah terhadap peluang pelaburan yang dibuat secara lisan ini, terutamanya yang ditawarkan melalui media social sepertiFacebook, WhatsApp atau Telegram.

Ayat-ayat manis ‘scammer’ seperti ini mungkin akan mengelirukan anda: 

“Dengan pelaburan RM300, anda boleh perolehi keuntungan RM3,000 dalam masa 2 jam sahaja.”

“Pelaburan kami tidak ada risiko… janji income ‘masyuk’.”

“Anda adalah pelanggan bertuah yang menerima tawaran kami ini… bayar sekarang untuk menikmati peluang sekali seumur hidup. Dan jangan risau, pelaburan kami patuh Syariah.”

 


Bagaimana untuk mengenal pasti taktik ‘scammer’?

Pelabur sering diarahkan untuk memindahkah wang atau ‘deposit’ ke dalam akaun bank peribadi seseorang yang mendakwa mewakili entiti yang sah, atau ke dalam akaun korporat yang tidak berkaitan.

Jangan dilayan, kerana jika ‘ejen’ tersebut tidak mempunyai lesen sah dari pihak berkuasa dan cuba mengambil wang daripada orang ramai, itu petanda anda perlu menjauhkan diri anda daripada melabur dengan mereka.

Bagi mendapatkan kepercayaan dan meyakinkan mangsa untuk tidak curiga, ‘scammer’ akan mendakwa bahawa entiti mereka dan skim pelaburan tersebut telah diluluskan oleh pihak berkuasa kewangan.

Mereka juga akan menggunakan lesen palsu yang kononnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bank Negara Malaysia untuk mengaburi mata mangsa. 

 

Jadi, anda harus semak terlebih dahulu dengan pihak SC untuk mendapatkan kepastian. Jika anda masih ragu-ragu, katakan sahaja 'tidak'. SC adalah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.  

Walau apa pun produk pelaburan yang anda pilih, amat penting untuk anda melabur melalui syarikat yang dilesenkan oleh SC.  

Proses pelesenan memastikan bahawa sesebuah syarikat atau individu mematuhi peraturan dan garis panduan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti pelaburan dalam pasaran modal. Pihak-pihak ini juga akan diawasi dan dipantau oleh SC, jadi anda sebagai pelabur berserta wang anda secara tidak langsung juga akan dilindungi.

Jika anda ragu-ragu tentang aktiviti ‘scammer’ pelaburan, anda boleh membuat laporan terus kepada Jabatan Pengguna dan Pelabur SC di talian 03-6204 8999 atau e-mel [email protected].

Kesimpulannya, penipuan ’scammer’ ini boleh berlaku kepada sesiapa saja tetapi amat penting untuk pelabur mempersiapkan diri dengan ilmu pelaburan untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa.

Sebagai pelabur yang berhemah, anda perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk tidak menjadi mangsa skim penipuan pelaburan. Antaranya, jangan terpedaya dengan janji-janji yang tidak realistik. 

Ingat formula T.I.P.U iaitu:

T – TIDAK AKAN RUGI
I – INDAH KHABAR DARI RUPA
P – PELUANG HANYA SEKALI
U – UNTUNG BESAR

Berwaspada agar tidak menjadi mangsa taktik licik ‘scammers’ ini. Ketahui cara-cara pelaburan berhemah… Kunjungi Bersama InvestSmart®@Sarawak 2022 pada 17-18 September 2022 di Vivacity Megamall, Kuching.
 

Melaburlah dengan berhemah

Anda juga boleh memperkasakan diri dengan ilmu pelaburan dengan melawat Bersama InvestSmart®@Sarawak 2022, pada 17 hingga 18 September 2022 di Vivacity Megamall, Kuching.

Pada 2014, SC telah memperkenalkan InvestSmart, jenama pendidikan pelabur yang bertujuan untuk mendekati pelabur dan memperlengkapkan mereka dengan asas-asas kukuh untuk membolehkan mereka membuat keputusan pelaburan yang bermakumat dan berhemah.

Acara yang dikendalikan oleh SC beserta institusi pasaran modal, persatuan serta agensi berkaitain merupakan sebahagian usaha SC untuk melindungi pelabur, dalam memenuhi mandatnya sebagai agensi pengawal selia pasaran modal Malaysia. 

Bertemakan ‘Silap Labur Duit Lebur,’ pelbagai ceramah dan seminar oleh pakar-pakar industri terkemuka akan berlangsung.

Sepanjang dua hari itu, pengunjung boleh mendapatkan penilaian mengenai perancangan kewangan mereka secara PERCUMA.

Sebanyak 160 sesi konsultasi perancangan kewangan dari Perancan Kewangan Berlesen akan ditawarkan di bawah inisiatif #FinPlan4u tersedia untuk anda. Tempat adalah terhad!

Warga Sarawak yang hadir juga akan berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan menyertai kuiz yang diadakan sepanjang acara berlangsung.

Siapa yang tidak ralat jika ditipu, lebih-lebih lagi kalau simpanan selama bertahun-tahun mencecah ribuan ringgit, hilang begitu saja.

Jadi, sentiasalah berwaspada dan pastikan anda mengambil langkah-langkah wajar sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Kepada warga Sarawak, ambillah peluang ini untuk menimba ilmu pelaburan dan perancangan kewangan yang akan dikongsi oleh SC!

Untuk maklumat lanjut tentang InvestSmart®, sila lawati akaun media sosial rasmi InvestSmart® di Facebook, Twitter dan Instagram.

 
Advertisement