Anda di sini

SUKMA XX: Sarawak di kedudukan ketiga

Advertisement

KUALA LUMPUR: Atlet-atlet wushu kontinjen Sarawak terus menambah bilangan pingat pada temasya Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) yang diadakan di Gimnasium 2, Bukit Jalil di sini pada Rabu.

Pingat kedua iaitu pingat perak diraih Stephanie Ngu chai Ern dalam acara jiansu wanita dengan mata terkumpul sebanyak 9.60.

Pada acara itu, emas dimenangi oleh kontinjen dari Melaka iaitu Tammy Tan Hui Ling dengan mata 9.63 manakala pingat gangsa dirangkul oleh kontinjen Negeri Sembilan iaitu Pang Pui Yee dengan mata 9.54.

Pingat ketiga untuk kontinjen Sarawak iaitu gangsa dirangkul oleh Edwin Wong Sing Yew dalam acara daoshu lelaki dengan mata diperolehi sebanyak 9.60.

Pada acara tersebut, pingat emas dirangkul oleh atlet Johor iaitu Tan Zhen Jie dengan mata 9.65 manakala pingat perak dimenangi oleh Melaka iaitu Tan Cheong Wan dengan mata 9.64.

Stephanie Ngu (kiri) menerima pingat perak dalam acara yang diwakilinya iaitu jiansu wanita.
Stephanie Ngu (kiri) menerima pingat perak dalam acara yang diwakilinya iaitu jiansu wanita.

Pingat pertama dalam SUKMA XX pada Rabu disumbang skuad wushu dalam acara taijijian wanita.

Atletnya,Yong Arifah Khairul Kok berjaya meraih pingat gangsa dalam acara taijijian wanita dengan meraih 9.58 mata dengan hanya beberapa mata mendekati pemenang pingat emas dari Melaka, Sydney Chin Sy Xuan iaitu 0.06 mata.

Sementara itu, pingat perak dimenangi oleh atlet dari Selangor iaitu Mandy Cebelle Chen dengan mata yang diperolehi 9.62.

Sehingga jam 8 malam Rabu, Sarawak berjaya meraih tiga pingat iaitu satu pingat perak manakala dua gangsa sekali gus menjadikan kedudukan Sarawak ialah di tempat ketiga.

Kedudukan teratas menyaksikan Melaka meraih lima pingat emas dan masing-masing satu perak dan gangsa manakala kedudukan kedua ialah Johor dengan satu pingat emas dan tiga perak.

  • oleh
  • Advertisement