Anda di sini

Pelan pascabayar Celcom tawar lebih nilai dengan penjimatan terbaik 

Advertisement
Chee (empat kiri depan) bersama Ketua Pegawai Peruncitan Celcom Axiata Berhad Danny Chew (tiga kiri depan) dan Ketua Pegawai Perniagaan Baru Muncul Celcom Axiata Berhad T. Kugan (lima kiri depan) bersama pasukan Celcom terus berusaha menawarkan kepada rakyat Malaysia produk dan perkhidmatan yang berpatutan untuk kekal terhubung tanpa bimbang dengan nilai terbaik dan penjimatan.
Chee (empat kiri depan) bersama Ketua Pegawai Peruncitan Celcom Axiata Berhad Danny Chew (tiga kiri depan) dan Ketua Pegawai Perniagaan Baru Muncul Celcom Axiata Berhad T. Kugan (lima kiri depan) bersama pasukan Celcom terus berusaha menawarkan kepada rakyat Malaysia produk dan perkhidmatan yang berpatutan untuk kekal terhubung tanpa bimbang dengan nilai terbaik dan penjimatan.

KUCHING: Pelan pascabayar Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah ditambah baik bagi memenuhi pelbagai jenis keperluan Internet untuk keluarga pelbagai saiz dengan memberikan kuota Internet, pilihan terluas dan pelbagai peranti percuma serta pelan semua dalam satu iaitu pelan Home Fibre dan Pascabayar. 

Celcom sebagai syarikat telekomunikasi yang prihatin, sentiasa berusaha menawarkan rakyat Malaysia dengan produk dan perkhidmatan yang berpatutan supaya dapat kekal terhubung tanpa sebarang kebimbangan dengan nilai dan penjimatan terbaik.

"Dengan lebih ramai keluarga Malaysia berinteraksi secara digital antara satu sama lain mengikut personaliti digital mereka yang unik, minat, keperluan dan keutamaan sambil kekal berhubung, mereka juga sentiasa mencari nilai terbaik dan pelan penjimatan buat keluarga mereka. 

"Ini disokong oleh liputan rangkaian terluas, Celcom faham akan kebimbangan tersebut dan telah memperbaharui pelan Pascabayar dan Fibre bagi memenuhi keperluan pelajar, pekerja yang baru memulakan pekerjaan dan keluarga dengan memberikan nilai terbaik, mengikut kesesuaian keperluan mereka," kata satu kenyataan hari ini.

Pelan MEGA™ dan Xpax Postpaid™ Celcom telah ditambah baik untuk memberi lebih banyak pada harga yang lebih murah, dengan memberi lebih banyak kuota pada harga yang sama.

Buat pelanggan Celcom yang inginkan Talian Keluarga yang berpatutan serta kesalinghubungan Internet tanpa sebarang kebimbangan untuk kediaman mereka, Celcom menawarkan pelan konvergen yang berpatutan dengan Internet tanpa had berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps, 300Mbps atau 500Mbps.

Bagi pelanggan yang ingin tukar atau memiliki peranti yang terkini, Celcom telah menambah baik pakej peranti dengan pilihan peranti yang terbaik serta percuma termasuk peranti yang menyokong rangkaian 5G. 

Tambahan lagi, Pelan Pascabayar Celcom MEGA™ dengan Talian Keluarga membolehkan pelanggan memiliki peranti 5G kedua secara percuma.

Ketua Pegawai Perniagaan Celcom Axiata Berhad Chee Loo Fun berkata, Celcom akan sentiasa menginovasi produk dan perkhidmatan dengan penawaran mampu milik dengan penjimatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Permintaan terhadap pengalaman Internet terus meningkat secara berbeza untuk setiap isi rumah atau individu, Celcom mengetahui perkara ini dan akan menambah baik pelan pascabayar dengan tawaran yang tiada tandingan. 

Tambahan pula, pihaknya juga menawarkan penjimatan hebat kepada keluarga Malaysia untuk memiliki telefon pintar serba baharu, termasuk peranti terkini yang menyokong rangkaian 5G.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.celcom.com.my/personal/postpaid 

 
Advertisement